Dazrin Hosting in Sentuhan Ikon TV

Assalamualaikum dan hai FlyingD's,

Alhamdulillah, Hero kite telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam bidang pengacaraan untuk mengacarakan program terbaru di TV1 iaitu Sentuhan Ikon TV bersama Acong SweetChild



Sentuhan Ikon merupakan sebuah siri realiti tv terkini dari TV1 yang mengumpulkan 9 kumpulan muzik terbaik dari pelusuk negara untuk digandingkan tenaga kerja dan karya mereka dengan bimbingan ikon tersohor tanahair terdiri dari Lefthanded, May dan Alleycats. Saksikan detik sensasi bersama bakat pemuzik baru dalam meraih impian sebagai Juara Sentuhan Ikon yang bakal membawa pulang kontrak rakaman album dengan InterGlobalserta wang hadiah pertama RM50,000.00, kedua RM30,000.00 dan hadiah yang ketiga RM15,000.00.


Disamping mengikuti nasib peserta-peserta dalam mengharungi cabaran realiti yang mendebarkan ini, penonton juga dapat menimba pengetahuan dalam bidang muzik.

So, jangan lupa saksikan Sentuhan Ikon TV yang akan bermula pada March 2013. Jom like FB page Sentuhan Ikon FB dan twitter Twitter Sentuhan Ikon




Temuramah Bersama Dazrin di PutarPutarTV






Assalamualaikum dan hai FlyingDs,

Video di atas adalah video dimana Hero kita Dazrin Kamarudin telah ditemuramah oleh wakil dari PutarPutarTV. Saksikan ok.

credit video : PutarPutarTV