Event - Exclusive Hi-Tea with Dazrin

Salam #FlyingDs

Agak lama juga rasanya #FlyingDs tidak mengadakan event khas bersama Dazrin Kamarudin. Good news untuk semua, nampaknya bulan May akan membuatkan semua #FlyingDs tersenyum di mana pada bulan May akan berlangsungnya majlis istimewa sempena bulan kelahiran hero kesayangan kita. alhamdulillah kita akan bertemu lagi di majlis istimewa ini.

So, kepada fans yang belum lagi berkesempatan untuk bertemu Dazrin secara live, jangan lepaskan peluang ini. Daftar la diri anda sebagai sebahagian dari #FlyingDs disini >>> Registration dan mari la sama sama memeriahkan majlis exclusive ini.


Detail lengkap Majlis Ulangtahun Kelahiran Dazrin Kamarudin :

Tarikh   : 11hb May 2013
Masa    : 2 petang sehingga 6 petang.
Tempat : sekitar KL (akan diberitahu setelah bayaran dibuat)
Bayaran Dewasa : RM 70 per pax
Bayaran Kanak-kanak : RM35 (5 ke 12tahun)
Tema    : Purple/ White or Red/White or Electric Blue/White

Kepada mereka yang berminat sila emailkan Nama Penuh beserta ID ke flyingdsdazrin@gmail.com. Tarikh akhir bayaran adalah pada 06hb April 2013.

Banyak surprise yang telah dirancang oleh pihak admin dan juga daripada hero kita. Jangan risau, setiap tetamu berpeluang untuk beramah mesra secara personal bersama Dazrin. Daz pasti tidak akan menghampakan mereka yang hadir.

Drama - SYURGA DIWAJAHMU

Salam FlyingDs,

Novel : Syurga DiWajah Mu
Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.
Terkini, novel SYURGA DIWAJAHMU juga akan dijadikan drama bersiri yang akan bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi

Syurga Di Wajah Mu telah memulakan penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan yang menampilkan Dazrin Kamarudin sebagai teraju utama yang memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.

Alhamdulillah, baru saja selesai menjalani penggambaran drama Jodoh, Dazrin sekali lagi sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat dari sebuah novel berjudul Syurga Di Wajahmu memegang watak utama bergandingan dengan Ana Dahlia yang mana penggambaran hampir 99 peratus dilakukan di Kelantan.

Sinopsis SYURGA DI WAJAHMU berdasarkan novel:

Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya

LAMAN SOCIAL DAZRIN KAMARUDIN

Assalamualaikum FlyingD's,

Seperti yang kita semua sedia maklum, sejak akhir akhir ini ramai  sangat yang sanggup buat FAKE account laman sosial untuk artis. 

Tidak terkecuali jugak FAKE account untuk hero kite Dazrin. Semakin berleluasa dah fenomena fake account ni dimana mana saja. Dengan itu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua peminat setia Dazrin di luar sana mana account yang ASLI.

So, mohon kerjasama semua tolong sebarkan kepada kawan kawan yang meminati Dazrin, hanya account di bawah sahaja yang benar benar TELUS & ASLI. Selain dari yang di bawah semuanya FAKE.

Semoga dengan adanya kerjasama dari semua harap dapat membantu peminat yang lain daripada ditipu oleh orang orang yang tidak bertanggungjawap.

Kepada yang dah mengikuti perkembangan FAKE account mohon abaikan account tersebut.

 FAKE ACCOUNT




Pastikan korang semua follow hanya yang asli.

Twitter Dazrin : https://twitter.com/dazrin88
Twitter FlyingD's : https://twitter.com/FlyingD_s
Instagram Dazrin : Dazrin
Official facebook page : https://www.facebook.com/dazrin88?fref=ts
Official Flyingds Facebook : https://www.facebook.com/groups/flyingds/?fref=ts