Salam FlyingDs,
|
Novel : Syurga DiWajah Mu |
Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.
Terkini, novel SYURGA DIWAJAHMU juga akan dijadikan drama bersiri yang akan bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi
Syurga Di Wajah Mu telah memulakan penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan yang menampilkan Dazrin Kamarudin
sebagai teraju utama yang memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.
Alhamdulillah, baru saja selesai menjalani penggambaran drama Jodoh, Dazrin sekali lagi
sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat dari sebuah
novel berjudul Syurga Di Wajahmu memegang watak utama bergandingan
dengan Ana Dahlia yang mana penggambaran hampir 99 peratus dilakukan di
Kelantan.
Sinopsis SYURGA DI WAJAHMU berdasarkan novel:
Hairi
telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan
penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama
didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di
hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi
nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk
menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, melebatkan
lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun
dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi
rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan
juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu
hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan
yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu
menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat
terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa
memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.
Setelah
tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku
Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai
jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus
meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang
menyedihkan itu akan terus terkubur.
Namun
pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah
membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini.
Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar.
Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak
mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu.
Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa
dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan
sememangnya bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku
Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman
tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa
dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah
memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala
perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil
tentang soal agama dan budaya.
Kejadian
itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di
rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi
apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang
sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut
dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka
diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap
Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku
Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah
meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.
Apakah
yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan
terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan
sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi
dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam?
Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam?
Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti,
adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di
Wajahmu ada kesudahannya