Alhamdulillah.. pada 20/07/2013 Dazrin dan keluarga telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Darul Aitam Melaka sempena menunaikan janji dan niat semasa beliau memenangi pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia Mac lalu. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Naza Tallya, Melaka.
Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan ketibaan anak-anak yatim Darul Aitam . Sementara menunggu waktu untuk berbuka, Presiden Kelab Peminat FlyingDs merangkap pengacara majlis pada hari tersebut sempat beramah mesra bersama anak-anak yatim.
Upacara menyerahkan sumbangan dan cenderahati dimulakan setibanya Dazrin ke dalam dewan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak kecil dengan cenderahati yang telah diberikan. Tak lupa juga sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam.
Seramai 60 orang anak yatim Darul Aitam telah diraikan dalam majlis ini. Selain daripada anak yatim, kelab peminat Dazrin iaitu FlyingDs juga telah turut serta dalam majlis ini. Mereka yang hadir daripada Kuantan, perak & juga Kuala Lumpur
Anak anak yatim telah menerima sumbangan peribadi berbentuk duit raya daripada Dazrin sendiri. Selain dari pihak keluarga Dazrin, terdapat seramai 5 orang penyumbang lain juga turut serta memberikan sumbangan peribadi. Antaranya ialah Astana Moda Melaka, Dr Asmah & Dr Noordin, Hj Azahari & Hjh Norhayati
Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan diharap dengan sumbangan dan perkongsian ini dapatlah menambahkan keserian mereka menyambut Aidilfitri nanti
FLYINGDs crew skali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis yang istimewa ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di majlis majlis rasmi FDs yang akan datang.
konvoi FlyingDs
Antara yang mengikuti Konvoi
sesi menyampaikan sumbangan dan cenderahati
Dazrin bersama keluarga tercinta
FlyingDs bersama Keluarga Dazrin
Dazrin bersama anak Yatim Darul Aitam
Cenderahati
Sebahagian dari juadah berbuka
FlyingDs Crew with Dazrin Saksikan ucapan ringkas Dazrin untuk FlyingDs
Alhamdulillah, Hero kite telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam bidang pengacaraan untuk mengacarakan program terbaru di TV1 iaitu Sentuhan Ikon TV bersama Acong SweetChild
Sentuhan Ikon merupakan sebuah siri realiti tv terkini dari TV1 yang mengumpulkan 9 kumpulan muzik terbaik dari pelusuk negara untuk digandingkan tenaga kerja dan karya mereka dengan bimbingan ikon tersohor tanahair terdiri dari Lefthanded, May dan Alleycats. Saksikan detik sensasi bersama bakat pemuzik baru dalam meraih impian sebagai Juara Sentuhan Ikon yang bakal membawa pulang kontrak rakaman album dengan InterGlobalserta wang hadiah pertama RM50,000.00, kedua RM30,000.00 dan hadiah yang ketiga RM15,000.00.
Disamping mengikuti nasib peserta-peserta dalam mengharungi cabaran realiti yang mendebarkan ini, penonton juga dapat menimba pengetahuan dalam bidang muzik.
JohorBharu: Baru- baru ini telah berlangsungnya activity Zon Fear Factor yang terakhir di Plaza Angsana Johor Bharu. Sambutan yang diberikan oleh penduduk Johor Bharu sangat meriah sekali. Terima kasih diucapan kepada semua yang telah hadir memeriahkan acara yang berlangsung pada 26 & 27 Januari yang lepas.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada FlyingDs yang sanggup turun dari kuala lumpur bagi memberikan sokongan padu kepada hero kita Dazrin Kamarudin.
Trivia sepanjang Zon Fear Factor:-
Sabtu, 2:30ptg
FD's KL telah berkumpul di R&R Seremban untuk konvoi bersama- sama Dazrin menuju ke Johor Bharu
6:00ptg - FD'sKL telah selamat sampai kedestinasi Zon Fear Factor di Plaza Angsana, check in hotel sementara menunggu masa untuk menonton siaran Fear Factor bersama Selebriti dan fans yang lain pada jam 9malam.
9:00mlm - Fans di Johor Bharu berkesempatan untuk menonton rancangan Fear FactorMY bersama selebriti yang terlibat. Sepanjang rancangan disiarkan peminat diberi peluang untuk duduk & bergambar bersama selebriti yang hadir.
11:00mlm - FD'sKL meluangkan masa untuk makan malam bersama Dazrin di restoren seafood di sekitar JB.
Ahad, 2:00ptg
FD's fan juga turut meluangkan masa untuk bersantai dan juga makan tengahari bersama Dazrin di dalam Plaza Angsana sementara menunggu giliran Dazrin di pentas zon Fear Factor
5:00ptg - Tiba lah giliran hero kite Dazrin untuk berada di atas pentas Zon Fear Factor. Sambutan yang diberikan oleh penonton sangat meriah sekali.
6:30ptg,
Tiba lah masanya untuk FD'sKL pulang ..
Kepada FD's yang turun di Plaza Angsana untuk menyokong hero kite, sokongan anda amatlah dihargai.. Teruskan menyokong Dazrin Kamarudin sampai bila-bila..
Saksikan ucapan ringkas dan padat dari Dazrin khas untuk penyokong FD's..
Dan di bawah ni sedikit gambar sepanjang di Johor Bharu
Seperti yang kita semua tahu drama terbaru lakonan Daz akan mula bersiaran tak lama lagi. Semoga ia dapat mengubat kerinduan kita pada lakonan beliau bagi menggantikan Adam & Hawa.
So, jangan lupa saksikan drama bersiri terbaru, Jodoh lakonan Dazrin dan Scha Alyahya, mulai 4 Februari 2013, setiap hari Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104)
"Drama Jodoh ini mengisahkan Azlan (Dazrin) dan Olly (Scha) yang terjerat dalam permainan rancangan realiti. Azlan, lelaki kacak dan bujang mencari cinta melalui sebuah program televisyen yang dinamakan "Jodoh". Azlan harus memilih seorang teman wanita dari sepuluh peserta dan dia juga perlu memilih siapa yang bakal disingkirkan. Menariknya, pemilihan teman wanita ditentukan oleh undian penonton.
Di antara Olly dan Katya, penonton memilih Olly sebagai 'jodoh' Azlan walaupun mereka berdua langsung tiada perasaan antara satu sama lain. Azlan lebih tertarik kepada Katya, namun demi perjanjian yang telah termeteri dan demi peminat yang telah mengundi, rancangan harus diteruskan. Mungkinkah akan timbul rasa cinta di akhirnya? Ya atau tidak, pasti banyak hati yang menjadi taruhan. Ya atau tidak, kita sama-sama nantikan debaran jawapan!"
So kepada peminat Dazrin Kamarudin especially #FlyingDs, jangan lupa temu janji anda pada setiap hari isnin jam 9 malam di Astro Ria.. jangan ketinggalan..
Dazrin Kamarudin ketika ditemubual oleh wartawan didalam rancangan Propaganza ahad lepas 13/1/2013
Asam garam kehidupan artis, pasti ada yang mengambil kesempatan.
Terbaru, Dazrin Kamarudin menjadi mangsa apabila seorang individu yang
tidak dikenali telah membuka satu laman Facebook dan menyamar menjadi dirinya. Laman facebook itu telah dinamakan Dazrin Johan Kamarudin. Apa yang paling mengejutkan, individu tersebut telah menipu
para peminat Dazrin apabila dia mengatakan bahawa dia adalah Pelakon Adam & Hawa yang memegang watak Johan iaitu
Dazrin Kamarudin yang sebenar.
Menurut Dazrin Kamarudin, individu terbabit telah menipu dengan menjawap setiap komen komen yang bertanya kan kesahihan facabook itu dengan menyatakan beliau adalah Dazrin yang sebenar tanpa segan silu.
Menurut Dazrin lagi, dia telah lama mengetahui tentang perkara ini daripada peminat peminat beliau tapi tidak pernah terfikir untuk mengambil sebarang tindakan. Beliau cuma memberi kenyataan di laman twitter nya sahaja dengan harapan para peminatnya akan lebih berhati hati. Tapi lama kelamaan beliau merasakan individu terbabit telah melampaui batasan apabila laman Facebook palsu itu berterusan menipu peminat peminat yang mempercayai itu adalah Dazrin yang sebenar melalui komen komen di status beliau. Dazrin mengetahui tentang komen komen itu selepas dimaklumkan oleh peminat setia beliau melalui pantauan yang dibuat.
Dazrin Kamarudin yang agak terkejut dan marah dengan kejadian itu mengambil keputusan menghubungi pihak Rancangan Propaganza bagi memaklumkan
tentang perkara ini bagi membersihkan nama beliau dan untuk menjernihkan kekeliruan terhadap peminatnya.
Dazrin Kamarudin sangat berharap tiada lagi peminat yang akan tertipu dan ditipu oleh individu yg tidak bertanggungjawap itu. Semoga kenyataan yang dibuat didalam rancangan Propaganza ahad lepas akan dapat membersihkan semula nama beliau.
Dazrin dalam kenyataannya di Propaganza, telah memohon maaf kepada semua peminat yang telah merasakan dirinya ditipu dengan harapan palsu. Semoga tiada lagi harapan harapan palsu daripada individu terbabit. Beliau sempat menasihatkan peminat peminat supaya lebih berhati hati dimasa hadapan. Dazrin juga memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai facebook kecuali fanpage yang dinamakan Dazrin88, dan laman twitter beliau dazrin88.
Saksikan video yang telah dikongsikan oleh rakan FD's kita ahad lepas.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera FD's family,
Baru - baru ini telah berlangsungnya malam kemuncak telemovie Adam&Hawa di Restaurant Kampung Pandan Jalan Yap Kwan Seng. Event tersebut terbuka kepada semua peminat Adam & Hawa. Semua FC berkumpul untuk member sokongan kepada artis kesayangan meraka.
FD’s juga turut turun padang bersama Hero FD’s. Alhamdulillah, event tersebut telah berjaya dan semua penonton juga gembira kerana dapat menyaksikan episode akhir bersama artis kesayangan mereka.
Seperti semua sedia maklum, drama Adam & Hawa sekarang telah menjadi fenomena kepada peminat setia novel tersebut. Drama 80 episod yang di adaptasi dari novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea ini menemui penonton pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10.00 malam di Astro saluran 134 (Mustika HD).
Drama ini dibintangi oleh artis yang hebat antaranya Aaron Aziz (Adam Mukhriz), Nadiya Nisaa (Ain Hawani), Dazrin Kamarudin (Johan), Elfaeza Ul Haq (Azie), Anzalna Nasir (Dee), Shakila Khoriri (Eja) dan ramai lagi.
Cerita ni sudah makin hampir ke penghujungnya, pasti ramai yang akan merindui kisah percintaan yang penuh onak dan duri yang akhirnya menemui kebahagiaan ini.
Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?
Seperti yang kita semua maklum, baru baru ini telah berlangsungnya roudshow Zon Fear Factor yang di adakan di Sunway Pyramid. Hero kita Dazrin jugak turut serta dalam acara ini. Kami FlyingDs ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fan yang turut serta hadir bersama sama Hero bagi memeriahkan roudshow ini.
Bagi yang ketinggalan, jangan lupa sertai roudshow ini di lokasi lokasi berikutnya. Sebarang informasi tentang fear factor selebriti ini boleh layari laman web FearFactorMY.
Mesti korang semua dah dapatkan majalah Maskulin isu Disember kan. Mana tidaknya Hero kita Dazrin jadi penghias muka hadapan majalah kan. Tahniah buat hero kite.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca.
Alhamdulillah dan Tahniah untuk kelab
peminat Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s telah dilancarkan secara
rasmi.
1/12/2012, tarikh yang melakar sejarah
kerana pada hari tersebut telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kelab Peminat
Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s.
Tahniah diucapkan kepada pelakon drama
bersiri yang meningkat naik, Dazrin Kamarudin yang kini telah pun berjaya
menubuhkan kelab peminatnya sendiri. Disitu sudah terbukti bahawa peminat
Dazrin menghargai bakat lakonannya dan menubuhkan kelab peminat bagi menyokong
hero mereka.
Pada hari tersebut, kami juga telah
menjemput Budiey untuk bersama-sama menyertai majlis pelancaran yang diadakan
di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.
Pelakon yang mirip wajahnya ala-ala
pelakon Korea, Dazrin Kamarudin mula
dikenali melalui filem Seru lakonan bersama beberapa bintang baru termasuk
dirinya ketika itu.
Tetapi, dia semakin dikenali dan mencuri
tumpuan ramai pihak didalam drama bersiri Adam & Hawa yang memegang watak
Johan iaitu sahabat karib Ain Hawani yang merupakan heroin drama tersebut dan
juga kekasih kepada Azie yang juga sahabat karib kepada Ain Hawani. Selain dari
drama tersebut, Dazrin juga pernah membintangi drama Geisha Melayu Terakhir dan
Filem Apokalips
X.
Watak Johan itu membuktikan yang Dazrin
bukan sahaja bijak bermain emosi dalaman malah mampu membawa pelbagai genre
lakonan lain.
Biarpun masih belum bersedia untuk memikul
watak komedi romantik, Dazrin pasti tidak menolak jika diberi kepercayaan untuk
membawa watak idamannya itu.
Jangan lupa saksikan aksi Dazrin dalam
Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan mula disiarkan di Astro Ria 104 dan Mustika HD 134 mulai 29 Disember ini
bersama pengacara popular yang juga pelakon Adam & Hawa, Aaron Aziz.
Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar
yang sempat diambil ketika majlis perasmian kelab peminat pada hari tersebut.