Alhamdulillah.. pada 20/07/2013 Dazrin dan keluarga telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Darul Aitam Melaka sempena menunaikan janji dan niat semasa beliau memenangi pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia Mac lalu. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Naza Tallya, Melaka.
Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan ketibaan anak-anak yatim Darul Aitam . Sementara menunggu waktu untuk berbuka, Presiden Kelab Peminat FlyingDs merangkap pengacara majlis pada hari tersebut sempat beramah mesra bersama anak-anak yatim.
Upacara menyerahkan sumbangan dan cenderahati dimulakan setibanya Dazrin ke dalam dewan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak kecil dengan cenderahati yang telah diberikan. Tak lupa juga sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam.
Seramai 60 orang anak yatim Darul Aitam telah diraikan dalam majlis ini. Selain daripada anak yatim, kelab peminat Dazrin iaitu FlyingDs juga telah turut serta dalam majlis ini. Mereka yang hadir daripada Kuantan, perak & juga Kuala Lumpur
Anak anak yatim telah menerima sumbangan peribadi berbentuk duit raya daripada Dazrin sendiri. Selain dari pihak keluarga Dazrin, terdapat seramai 5 orang penyumbang lain juga turut serta memberikan sumbangan peribadi. Antaranya ialah Astana Moda Melaka, Dr Asmah & Dr Noordin, Hj Azahari & Hjh Norhayati
Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan diharap dengan sumbangan dan perkongsian ini dapatlah menambahkan keserian mereka menyambut Aidilfitri nanti
FLYINGDs crew skali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis yang istimewa ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di majlis majlis rasmi FDs yang akan datang.
konvoi FlyingDs
Antara yang mengikuti Konvoi
sesi menyampaikan sumbangan dan cenderahati
Dazrin bersama keluarga tercinta
FlyingDs bersama Keluarga Dazrin
Dazrin bersama anak Yatim Darul Aitam
Cenderahati
Sebahagian dari juadah berbuka
FlyingDs Crew with Dazrin Saksikan ucapan ringkas Dazrin untuk FlyingDs
Alhamdulillah.. bulan lepas pada 11/05/2013 kita telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke25 untuk hero kesayangan kita Dazrin Kamarudin didewan Songket, Silka Maytower Hotel & Residence.
Memandangkan ini adalah kali pertama FLYINGD'S meraikan harilahir Daz, maka persiapan untuk majlis telah dirancang dua bulan awal. Memandangkan Dazrin telah sedia maklum akan majlis ini, maka kelab president telah berpakat dengan ahli keluarga Dazrin yang lain supaya turut serta menghadirkan diri tanpa pengetahuan Dazrin. Jelas sekali kehadiran keluarga Dazrin adalah element surprise untuk beliau yang pada awalnya beliau merasa amat sedih kerana keluarga menyatakan mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut apabila dijemput oleh beliau sendiri.
Pada majlis tersebut FLYINGDs juga telah menghadiahkan Jacket jenama SUBzero yang berwarna merah (warna kegemaran beliau) yang telah ditempah khas LOGOnya.
Majlis juga telah diserikan dengan persembahan dari Shasha iaitu salah seorang Finalist Idola Kecil Musim ke4, beliau telah menyampaikan 3 buah lagu dari Single Terbaru yg dinamakan LEBIH HEBAT.
Banyak acara yang telah disediakan oleh CrewFC diantaranya: permainan game JODOH, Musical Chair, Best Dress, poco - poco dan byk lagi..
Seramai 70 org peminat yang hadir pada majlis tersebut rata ratanya pulang dengan gembira kerana mereka bukan saja membawa pulang hadiah game yang mereka menangi, malah kelab peminat juga telah menyediakan hadiah untuk pemenang cabutan nombor bertuah.
Hadiah -hadiah pada majlis ini telah ditaja khas oleh Ibu kesayangan Dazrin sendiri dan juga Butik Bag Dowa Malaysia yang terletak di Shah Alam.
Sebelum majlis bersurai peminat juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sendiri hadiah harijadi untuk Dazrin. Dan sebelum pulang Dazrin telah menghadiahkan jambangan bunga untuk semua peminat yang hadir supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong.
Maljis telah berakhir dengan jayanya pada jam 7petang.
FLYINGDs crew skali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis yang istimewa ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di majlis majlis rasmi FDs yang akan datang.
Hadiah dari FlyingDs
Persembahan khas dari bintang Idola Kecil - Shasha
First of all kami nak ucapan CONGRATULATION to our hero & champion Dazrin Kamarudin kerana telah berjaya merangkul gelaran Juara Fear Fartor Selebriti Malaysia yang pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000
Then, tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong setia hero FlyingDs yang sanggup turun sama sama meraikan malam yang cukup bermakna untuk beliau di Publika malam sabtu lalu. Semoga sokongan semua akan memberi seribu erti untuk hero kita.
So, jom saksikan gambar yang sempat dirakam pada malam tersebut. Gambar credit to Alieya Nab.
Saksikan juga video rakaman di malam bersejarah itu.
Agak lama juga rasanya #FlyingDs tidak mengadakan event khas bersama Dazrin Kamarudin. Good news untuk semua, nampaknya bulan May akan membuatkan semua #FlyingDs tersenyum di
mana pada bulan May akan berlangsungnya majlis istimewa sempena
bulan kelahiran hero kesayangan kita. alhamdulillah kita akan bertemu lagi di majlis istimewa ini.
So, kepada fans yang belum lagi berkesempatan untuk bertemu Dazrin secara live, jangan lepaskan peluang ini. Daftar la diri anda sebagai sebahagian dari #FlyingDs disini >>> Registration dan mari la sama sama memeriahkan majlis exclusive ini.
Detail lengkap Majlis Ulangtahun Kelahiran Dazrin Kamarudin :
Tarikh : 11hb May 2013
Masa : 2 petang sehingga 6 petang.
Tempat : sekitar KL (akan diberitahu setelah bayaran dibuat)
Bayaran Dewasa : RM 70 per pax
Bayaran Kanak-kanak : RM35 (5 ke 12tahun)
Tema : Purple/ White or Red/White or Electric Blue/White
Kepada mereka yang berminat sila emailkan Nama Penuh beserta ID ke flyingdsdazrin@gmail.com. Tarikh akhir bayaran adalah pada 06hb April
2013.
Banyak surprise yang telah dirancang oleh pihak admin dan juga
daripada hero kita. Jangan risau, setiap tetamu berpeluang untuk
beramah mesra secara personal bersama Dazrin. Daz pasti tidak akan
menghampakan mereka yang hadir.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sejak akhir akhir ini ramai sangat yang sanggup buat FAKE account laman sosial untuk artis.
Tidak terkecuali jugak FAKE account untuk hero kite Dazrin. Semakin berleluasa dah fenomena fake account ni dimana mana saja. Dengan itu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua peminat setia Dazrin di luar sana mana account yang ASLI.
So, mohon kerjasama semua tolong sebarkan kepada kawan kawan yang meminati Dazrin, hanya account di bawah sahaja yang benar benar TELUS & ASLI. Selain dari yang di bawah semuanya FAKE.
Semoga dengan adanya kerjasama dari semua harap dapat membantu peminat yang lain daripada ditipu oleh orang orang yang tidak bertanggungjawap.
Kepada yang dah mengikuti perkembangan FAKE account mohon abaikan account tersebut.
Alhamdulillah, Hero kite telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam bidang pengacaraan untuk mengacarakan program terbaru di TV1 iaitu Sentuhan Ikon TV bersama Acong SweetChild
Sentuhan Ikon merupakan sebuah siri realiti tv terkini dari TV1 yang mengumpulkan 9 kumpulan muzik terbaik dari pelusuk negara untuk digandingkan tenaga kerja dan karya mereka dengan bimbingan ikon tersohor tanahair terdiri dari Lefthanded, May dan Alleycats. Saksikan detik sensasi bersama bakat pemuzik baru dalam meraih impian sebagai Juara Sentuhan Ikon yang bakal membawa pulang kontrak rakaman album dengan InterGlobalserta wang hadiah pertama RM50,000.00, kedua RM30,000.00 dan hadiah yang ketiga RM15,000.00.
Disamping mengikuti nasib peserta-peserta dalam mengharungi cabaran realiti yang mendebarkan ini, penonton juga dapat menimba pengetahuan dalam bidang muzik.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua pembaca.
Alhamdulillah dan Tahniah untuk kelab
peminat Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s telah dilancarkan secara
rasmi.
1/12/2012, tarikh yang melakar sejarah
kerana pada hari tersebut telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kelab Peminat
Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s.
Tahniah diucapkan kepada pelakon drama
bersiri yang meningkat naik, Dazrin Kamarudin yang kini telah pun berjaya
menubuhkan kelab peminatnya sendiri. Disitu sudah terbukti bahawa peminat
Dazrin menghargai bakat lakonannya dan menubuhkan kelab peminat bagi menyokong
hero mereka.
Pada hari tersebut, kami juga telah
menjemput Budiey untuk bersama-sama menyertai majlis pelancaran yang diadakan
di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.
Pelakon yang mirip wajahnya ala-ala
pelakon Korea, Dazrin Kamarudin mula
dikenali melalui filem Seru lakonan bersama beberapa bintang baru termasuk
dirinya ketika itu.
Tetapi, dia semakin dikenali dan mencuri
tumpuan ramai pihak didalam drama bersiri Adam & Hawa yang memegang watak
Johan iaitu sahabat karib Ain Hawani yang merupakan heroin drama tersebut dan
juga kekasih kepada Azie yang juga sahabat karib kepada Ain Hawani. Selain dari
drama tersebut, Dazrin juga pernah membintangi drama Geisha Melayu Terakhir dan
Filem Apokalips
X.
Watak Johan itu membuktikan yang Dazrin
bukan sahaja bijak bermain emosi dalaman malah mampu membawa pelbagai genre
lakonan lain.
Biarpun masih belum bersedia untuk memikul
watak komedi romantik, Dazrin pasti tidak menolak jika diberi kepercayaan untuk
membawa watak idamannya itu.
Jangan lupa saksikan aksi Dazrin dalam
Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan mula disiarkan di Astro Ria 104 dan Mustika HD 134 mulai 29 Disember ini
bersama pengacara popular yang juga pelakon Adam & Hawa, Aaron Aziz.
Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar
yang sempat diambil ketika majlis perasmian kelab peminat pada hari tersebut.
Setelah sebulan maljis pelancaran FyingD's, akhirnya secara rasminya terbinalah Official Blogspot untuk semua peminat dan pencinta our Hero, Dazrin Kamarudin.
Tujuan Blog ini dibuat adalah untuk update berita terkini tentang aktiviti yang dijalankan oleh Dazrin dan juga aktviti yang dijalankan bersama FlyingD's.
Di entry kali ini akan dirungkaikan maksud disebalik logo FLYINGD'S
Logo ini mempunyai simboliknya yang tersendiri dan sangat bermakna kepada FlyingD's. Ia memberi erti TERBANG BERSAMA DAZRIN dalam mencapai kejayaan dan seiring dengan kerjaya Dazrin sebagai pelakon.
Blog ini dibangunkan atas dasar menyalurkan info-info terkini berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh satu-satunya hero FlyingDs (Dazrin Kamarudin) dan juga aktiviti bersama-sama FlyingD's
Nantikan berita terkini menerusi laman Blog Rasmi FlyingD's