Alhamdulillah, Hero kite telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam bidang pengacaraan untuk mengacarakan program terbaru di TV1 iaitu Sentuhan Ikon TV bersama Acong SweetChild
Sentuhan Ikon merupakan sebuah siri realiti tv terkini dari TV1 yang mengumpulkan 9 kumpulan muzik terbaik dari pelusuk negara untuk digandingkan tenaga kerja dan karya mereka dengan bimbingan ikon tersohor tanahair terdiri dari Lefthanded, May dan Alleycats. Saksikan detik sensasi bersama bakat pemuzik baru dalam meraih impian sebagai Juara Sentuhan Ikon yang bakal membawa pulang kontrak rakaman album dengan InterGlobalserta wang hadiah pertama RM50,000.00, kedua RM30,000.00 dan hadiah yang ketiga RM15,000.00.
Disamping mengikuti nasib peserta-peserta dalam mengharungi cabaran realiti yang mendebarkan ini, penonton juga dapat menimba pengetahuan dalam bidang muzik.
JohorBharu: Baru- baru ini telah berlangsungnya activity Zon Fear Factor yang terakhir di Plaza Angsana Johor Bharu. Sambutan yang diberikan oleh penduduk Johor Bharu sangat meriah sekali. Terima kasih diucapan kepada semua yang telah hadir memeriahkan acara yang berlangsung pada 26 & 27 Januari yang lepas.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada FlyingDs yang sanggup turun dari kuala lumpur bagi memberikan sokongan padu kepada hero kita Dazrin Kamarudin.
Trivia sepanjang Zon Fear Factor:-
Sabtu, 2:30ptg
FD's KL telah berkumpul di R&R Seremban untuk konvoi bersama- sama Dazrin menuju ke Johor Bharu
6:00ptg - FD'sKL telah selamat sampai kedestinasi Zon Fear Factor di Plaza Angsana, check in hotel sementara menunggu masa untuk menonton siaran Fear Factor bersama Selebriti dan fans yang lain pada jam 9malam.
9:00mlm - Fans di Johor Bharu berkesempatan untuk menonton rancangan Fear FactorMY bersama selebriti yang terlibat. Sepanjang rancangan disiarkan peminat diberi peluang untuk duduk & bergambar bersama selebriti yang hadir.
11:00mlm - FD'sKL meluangkan masa untuk makan malam bersama Dazrin di restoren seafood di sekitar JB.
Ahad, 2:00ptg
FD's fan juga turut meluangkan masa untuk bersantai dan juga makan tengahari bersama Dazrin di dalam Plaza Angsana sementara menunggu giliran Dazrin di pentas zon Fear Factor
5:00ptg - Tiba lah giliran hero kite Dazrin untuk berada di atas pentas Zon Fear Factor. Sambutan yang diberikan oleh penonton sangat meriah sekali.
6:30ptg,
Tiba lah masanya untuk FD'sKL pulang ..
Kepada FD's yang turun di Plaza Angsana untuk menyokong hero kite, sokongan anda amatlah dihargai.. Teruskan menyokong Dazrin Kamarudin sampai bila-bila..
Saksikan ucapan ringkas dan padat dari Dazrin khas untuk penyokong FD's..
Dan di bawah ni sedikit gambar sepanjang di Johor Bharu
Seperti yang kita semua tahu drama terbaru lakonan Daz akan mula bersiaran tak lama lagi. Semoga ia dapat mengubat kerinduan kita pada lakonan beliau bagi menggantikan Adam & Hawa.
So, jangan lupa saksikan drama bersiri terbaru, Jodoh lakonan Dazrin dan Scha Alyahya, mulai 4 Februari 2013, setiap hari Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104)
"Drama Jodoh ini mengisahkan Azlan (Dazrin) dan Olly (Scha) yang terjerat dalam permainan rancangan realiti. Azlan, lelaki kacak dan bujang mencari cinta melalui sebuah program televisyen yang dinamakan "Jodoh". Azlan harus memilih seorang teman wanita dari sepuluh peserta dan dia juga perlu memilih siapa yang bakal disingkirkan. Menariknya, pemilihan teman wanita ditentukan oleh undian penonton.
Di antara Olly dan Katya, penonton memilih Olly sebagai 'jodoh' Azlan walaupun mereka berdua langsung tiada perasaan antara satu sama lain. Azlan lebih tertarik kepada Katya, namun demi perjanjian yang telah termeteri dan demi peminat yang telah mengundi, rancangan harus diteruskan. Mungkinkah akan timbul rasa cinta di akhirnya? Ya atau tidak, pasti banyak hati yang menjadi taruhan. Ya atau tidak, kita sama-sama nantikan debaran jawapan!"
So kepada peminat Dazrin Kamarudin especially #FlyingDs, jangan lupa temu janji anda pada setiap hari isnin jam 9 malam di Astro Ria.. jangan ketinggalan..
Dazrin Kamarudin ketika ditemubual oleh wartawan didalam rancangan Propaganza ahad lepas 13/1/2013
Asam garam kehidupan artis, pasti ada yang mengambil kesempatan.
Terbaru, Dazrin Kamarudin menjadi mangsa apabila seorang individu yang
tidak dikenali telah membuka satu laman Facebook dan menyamar menjadi dirinya. Laman facebook itu telah dinamakan Dazrin Johan Kamarudin. Apa yang paling mengejutkan, individu tersebut telah menipu
para peminat Dazrin apabila dia mengatakan bahawa dia adalah Pelakon Adam & Hawa yang memegang watak Johan iaitu
Dazrin Kamarudin yang sebenar.
Menurut Dazrin Kamarudin, individu terbabit telah menipu dengan menjawap setiap komen komen yang bertanya kan kesahihan facabook itu dengan menyatakan beliau adalah Dazrin yang sebenar tanpa segan silu.
Menurut Dazrin lagi, dia telah lama mengetahui tentang perkara ini daripada peminat peminat beliau tapi tidak pernah terfikir untuk mengambil sebarang tindakan. Beliau cuma memberi kenyataan di laman twitter nya sahaja dengan harapan para peminatnya akan lebih berhati hati. Tapi lama kelamaan beliau merasakan individu terbabit telah melampaui batasan apabila laman Facebook palsu itu berterusan menipu peminat peminat yang mempercayai itu adalah Dazrin yang sebenar melalui komen komen di status beliau. Dazrin mengetahui tentang komen komen itu selepas dimaklumkan oleh peminat setia beliau melalui pantauan yang dibuat.
Dazrin Kamarudin yang agak terkejut dan marah dengan kejadian itu mengambil keputusan menghubungi pihak Rancangan Propaganza bagi memaklumkan
tentang perkara ini bagi membersihkan nama beliau dan untuk menjernihkan kekeliruan terhadap peminatnya.
Dazrin Kamarudin sangat berharap tiada lagi peminat yang akan tertipu dan ditipu oleh individu yg tidak bertanggungjawap itu. Semoga kenyataan yang dibuat didalam rancangan Propaganza ahad lepas akan dapat membersihkan semula nama beliau.
Dazrin dalam kenyataannya di Propaganza, telah memohon maaf kepada semua peminat yang telah merasakan dirinya ditipu dengan harapan palsu. Semoga tiada lagi harapan harapan palsu daripada individu terbabit. Beliau sempat menasihatkan peminat peminat supaya lebih berhati hati dimasa hadapan. Dazrin juga memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai facebook kecuali fanpage yang dinamakan Dazrin88, dan laman twitter beliau dazrin88.
Saksikan video yang telah dikongsikan oleh rakan FD's kita ahad lepas.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera FD's family,
Baru - baru ini telah berlangsungnya malam kemuncak telemovie Adam&Hawa di Restaurant Kampung Pandan Jalan Yap Kwan Seng. Event tersebut terbuka kepada semua peminat Adam & Hawa. Semua FC berkumpul untuk member sokongan kepada artis kesayangan meraka.
FD’s juga turut turun padang bersama Hero FD’s. Alhamdulillah, event tersebut telah berjaya dan semua penonton juga gembira kerana dapat menyaksikan episode akhir bersama artis kesayangan mereka.