Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all FD's,
This is FAKE ACCOUNT
Preview FearFactor, The Cabin - 29 Dec 2012
Assalamualaikum dan hai to all FlyingD's family.
Seperti yang diketahui umum episode pertama Fear Factor Selebriti Malaysia telah pun ditayangkan secara rasminya pada 29 Disember 2012 pada jam 9 malam. Pada 29 Disember juga telah berlangsungnya preview fear factor MY di The Cabin, Setiawangsa di mana hero FlyingD's, Dazrin turut serta dalam preview episode pertama itu.
Hero FlyingD's juga telah menjemput FlyingD's untuk turut serta menyaksikan episode pertama fear factor MY ini bersama-sama dengan beliau.
Adam Dan Hawa
| Credit picture : Google |
[trailer] Adam & Hawa - Astro Mustika HD
Seperti semua sedia maklum, drama Adam & Hawa sekarang telah menjadi fenomena kepada peminat setia novel tersebut. Drama 80 episod yang di adaptasi dari novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea ini menemui penonton pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10.00 malam di Astro saluran 134 (Mustika HD).
Drama ini dibintangi oleh artis yang hebat antaranya Aaron Aziz (Adam Mukhriz), Nadiya Nisaa (Ain Hawani), Dazrin Kamarudin (Johan), Elfaeza Ul Haq (Azie), Anzalna Nasir (Dee), Shakila Khoriri (Eja) dan ramai lagi.
Cerita ni sudah makin hampir ke penghujungnya, pasti ramai yang akan merindui kisah percintaan yang penuh onak dan duri yang akhirnya menemui kebahagiaan ini.
Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?
Credit Video Eksklusif ini untuk Budiey.com
Zon Fear Factor - 16 & 17 Dec 2012
Salam FlyingD's,
Seperti yang kita semua maklum, baru baru ini telah berlangsungnya roudshow Zon Fear Factor yang di adakan di Sunway Pyramid. Hero kita Dazrin jugak turut serta dalam acara ini. Kami FlyingDs ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fan yang turut serta hadir bersama sama Hero bagi memeriahkan roudshow ini.
Bagi yang ketinggalan, jangan lupa sertai roudshow ini di lokasi lokasi berikutnya. Sebarang informasi tentang fear factor selebriti ini boleh layari laman web FearFactorMY.
Dazrin Kamarudin on Dance Floor
Dazrin Kamarudin in ZonFearFactor - Kissing Eel
Dazrin Kamarudin in Fear Factor on Shahroll's blog (http://www.shahrulhairy.com)
Akhir skali, ucapan ringkas dari FlyingD's Hero
Akhir skali, ucapan ringkas dari FlyingD's Hero
Dazrin Hiasi Muka Depan Maskulin Isu Disember
Fear Factor Selebriti Malaysia
![]() |
| Pic credit to mStarOnline |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Seperti yang semua tahu, hero kita, Dazrin Kamarudin telah menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia yang bakap ditayangkan pada 29 Disember 2012. Jangan lupa temujanji kita nanti ya :)
Rancangan ini melibatkan 30 selebriti ternama Malaysia yang memberntuk 15 pasukan secara berpasangan. Rancangan 13 episod ini memaparkan dua cabaran yang harus dilalui oleh semua pasangan pada setiap episode. Kesemua peserta hendaklah melakukan setiap cabaran yang telah diberikan.
Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan fizikal dan mental yang disediakan di Cape Town nanti untuk menentukan kumpulan mana yang lebih ideal dan mampu bekerjasama untuk dinobatkan Juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Malah setiap minggu akan ada kumpulan yang bakal disingkirkan jika tidak berjaya melepasi ujian atau cabaran yang disediakan.
Adakah Hero kite akan muncul sebagai juara Fear Factor kali ini?! Jangan lupa saksikan Dazrin dalam Fear Factor Selebriti Malaysi yang bakal di tanyangkan di Astro Ria & Mustika HD pada setiap sabtu bermula 29 Dec 2012 jam 9 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)










