Majlis Perasmian FlyingD's - 1 Dec 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Alhamdulillah dan Tahniah untuk kelab peminat Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s telah dilancarkan secara rasmi.

1/12/2012, tarikh yang melakar sejarah kerana pada hari tersebut telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kelab Peminat Dazrin Kamarudin yang dinamakan FlyingD’s.

Tahniah diucapkan kepada pelakon drama bersiri yang meningkat naik, Dazrin Kamarudin yang kini telah pun berjaya menubuhkan kelab peminatnya sendiri. Disitu sudah terbukti bahawa peminat Dazrin menghargai bakat lakonannya dan menubuhkan kelab peminat bagi menyokong hero mereka.

Pada hari tersebut, kami juga telah menjemput Budiey untuk bersama-sama menyertai majlis pelancaran yang diadakan di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.

Pelakon yang mirip wajahnya ala-ala pelakon Korea, Dazrin Kamarudin  mula dikenali melalui filem Seru lakonan bersama beberapa bintang baru termasuk dirinya ketika itu.

Tetapi, dia semakin dikenali dan mencuri tumpuan ramai pihak didalam drama bersiri Adam & Hawa yang memegang watak Johan iaitu sahabat karib Ain Hawani yang merupakan heroin drama tersebut dan juga kekasih kepada Azie yang juga sahabat karib kepada Ain Hawani. Selain dari drama tersebut, Dazrin juga pernah membintangi drama Geisha Melayu Terakhir dan Filem Apokalips X.

Watak Johan itu membuktikan yang Dazrin bukan sahaja bijak bermain emosi dalaman malah mampu membawa pelbagai genre lakonan lain.
Biarpun masih belum bersedia untuk memikul watak komedi romantik, Dazrin pasti tidak menolak jika diberi kepercayaan untuk membawa watak idamannya itu.

Jangan lupa saksikan aksi Dazrin dalam Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan mula disiarkan di Astro Ria  104 dan Mustika HD 134 mulai 29 Disember ini bersama pengacara popular yang juga pelakon Adam & Hawa, Aaron Aziz.

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar yang sempat diambil ketika majlis perasmian kelab peminat pada hari tersebut.

Photo by budiey.com Edited by IzaraElena

Gambar - gambar di sekitar majlis pelancaran. Credit to FaminFaizalPhotography
Registration
Fan dari Singapore turut hadir
Suprise from the HERO - Biar Bulan Bicara

Aliff_AF6 juga turut hadir memeriahkan majlis

Fan sangat terhibut dengan persembahan pembukaan

Fan yang berpeluang berduet

Aliff_AF6 dan Nas Adila_AF juga turut menghiburkan

Abg Budiey juga turut menyumbangkan lagu
Sessi autograph

Abg Budiey turut hadir memberi sokongan

Admin

Terima kasih kepada semua FD's yang hadir

Dazrin Flying D's Meet the fan at RedBox 



Temubual Eksklusif Bersama Dazrin Pelancaran Flying D's - Budiey.com



No comments:

Post a Comment