[Event] Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Darul Aitam Melaka



Salam warga FlyingD's

Alhamdulillah.. pada 20/07/2013 Dazrin dan keluarga telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Darul Aitam Melaka sempena menunaikan janji dan niat semasa beliau memenangi pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia Mac lalu. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Naza Tallya, Melaka.

Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan ketibaan anak-anak yatim Darul Aitam . Sementara menunggu waktu untuk berbuka, Presiden Kelab Peminat FlyingDs merangkap pengacara majlis pada hari tersebut sempat beramah mesra bersama anak-anak yatim.

Upacara menyerahkan sumbangan dan cenderahati dimulakan setibanya Dazrin ke dalam dewan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak kecil dengan cenderahati yang telah diberikan. Tak lupa juga sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam. 

Seramai 60 orang anak yatim Darul Aitam telah diraikan dalam majlis ini. Selain daripada anak yatim, kelab peminat Dazrin iaitu FlyingDs juga telah turut serta dalam majlis ini. Mereka yang hadir daripada Kuantan, perak & juga Kuala Lumpur


Anak anak yatim telah menerima sumbangan peribadi berbentuk duit raya daripada Dazrin sendiri. Selain dari pihak keluarga Dazrin, terdapat seramai 5 orang penyumbang lain juga turut serta memberikan sumbangan peribadi. Antaranya ialah Astana Moda Melaka, Dr Asmah & Dr Noordin, Hj Azahari & Hjh Norhayati

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan diharap dengan sumbangan dan perkongsian ini dapatlah menambahkan keserian mereka menyambut Aidilfitri nanti

FLYINGDs crew skali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis yang istimewa ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di majlis majlis rasmi FDs yang akan datang.

konvoi FlyingDs
Antara yang mengikuti Konvoi

sesi menyampaikan sumbangan dan cenderahati
Dazrin bersama keluarga tercinta
FlyingDs bersama Keluarga Dazrin
Dazrin bersama anak Yatim Darul Aitam
Cenderahati
Sebahagian dari juadah berbuka
FlyingDs Crew with Dazrin

Saksikan ucapan ringkas Dazrin untuk FlyingDs


Drama - NurAidilfitri


News Update


Tak lama lagi, kita bakal menerima kehadiran bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam iaitu bulan Ramadhan. Lagi sebulan semua umat islam bakal berpuasa. 

Terkini, hero kita baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama NurAidilfitri memegang watak utama bergandingan bersama Leez Rosli (LeezAF).



Sinopsis NURAIDILFITRI :

Nuraidilfitri mengisahkan seorang pemuda (Shazril) pelajar didalam bidang perubatan yang telah membesar di luar negara yang baru pulang ke tanah air utk menyambut puasa dan berhari raya di kampung

Shazril yang telah biasa melakukan kerja sendiri dan suka membuat sesuatu berdasarkan fakta dan bukti tidak pernah faham erti berpuasa yang padanya puasa bererti boleh tahan mkn dan minum tp persoalan yg ada dlm diri Shazril tetap tidak faham kenapa perlu berbuat begitu?

Sewaktu Shazril melanjutkan pelajaran di sebuah college di Malaysia, dia terjumpa seorg makcik yang dipanggil mak siah, beliau hampir melanggar mak siah dan dari situ perkenalan dgn mak siah bermula..

Mak siah sedikit demi sedikit telah berkongsi erti berpuasa dan hari raya kpd shazril dan secara tidak langsung telah membuka mata dan hati shazril.

Pada suatu mlm nur ilham telah dtg menerangi shazril semasa dia sedang tidur. Mak siah juga sebenarnya mempunyai kisah pahitnya sendiri. Shazril pula memberi nur kpd hidup mak siah utk membuatnya tersenyum kembali di pagi syawal.

Saksikan kesudahan drama terbaru Nuraidilfitri lakonan Dazrin Kamarudin di TV Alhijrah pada hari raya nanti..



Event - Sambutan Hari Lahir Dazrin Yg ke 25

Salam warga FlyingD's

Alhamdulillah.. bulan lepas pada 11/05/2013 kita telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke25 untuk hero kesayangan kita Dazrin Kamarudin didewan Songket, Silka Maytower Hotel & Residence.

Memandangkan ini adalah kali pertama FLYINGD'S meraikan harilahir Daz, maka persiapan untuk majlis telah dirancang dua bulan awal. Memandangkan Dazrin telah sedia maklum akan majlis ini, maka kelab president telah berpakat dengan ahli keluarga Dazrin yang lain supaya turut serta menghadirkan diri tanpa pengetahuan Dazrin. Jelas sekali kehadiran keluarga Dazrin adalah element surprise untuk beliau yang pada awalnya beliau merasa amat sedih kerana keluarga menyatakan mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut apabila dijemput oleh beliau sendiri.

Pada majlis tersebut FLYINGDs juga telah menghadiahkan Jacket jenama SUBzero yang berwarna merah (warna kegemaran beliau) yang telah ditempah khas LOGOnya.

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan dari Shasha iaitu salah seorang Finalist Idola Kecil Musim ke4, beliau telah menyampaikan 3 buah lagu dari Single Terbaru yg dinamakan LEBIH HEBAT.

Banyak acara yang telah disediakan oleh CrewFC diantaranya: permainan game JODOH, Musical Chair, Best Dress, poco - poco dan byk lagi..

Seramai 70 org peminat yang hadir pada majlis tersebut rata ratanya pulang dengan gembira kerana mereka bukan saja membawa pulang hadiah game yang mereka menangi, malah kelab peminat juga telah menyediakan hadiah untuk pemenang cabutan nombor bertuah.

Hadiah -hadiah pada majlis ini telah ditaja khas oleh Ibu kesayangan Dazrin sendiri dan juga Butik Bag Dowa Malaysia yang terletak di Shah Alam.

Sebelum majlis bersurai peminat juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sendiri hadiah harijadi untuk Dazrin. Dan sebelum pulang Dazrin telah menghadiahkan jambangan bunga untuk semua peminat yang hadir supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

Maljis telah berakhir dengan jayanya pada jam 7petang.

FLYINGDs crew skali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi memeriahkan majlis yang istimewa ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di majlis majlis rasmi FDs yang akan datang.

Hadiah dari FlyingDs


Persembahan khas dari bintang Idola Kecil - Shasha


Cake
Kehadiran keluarga tercinta
Hadiah sumbangan www.dowabag.com
Opening gambit by the emcee
Flower for Fans
Hadiah dari Fans
Daz with Crews

More pictures can be view here FlyingDs FC Group

Sekian, terima kasih
Lynn Razak
Club President


TRIVIA DI MALAM VIEWING FINAL FEAR FACTOR

Salam FlyingDs

First of all kami nak ucapan CONGRATULATION to our hero & champion Dazrin Kamarudin kerana telah berjaya merangkul gelaran Juara Fear Fartor Selebriti Malaysia yang pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000

Then, tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong setia hero FlyingDs yang sanggup turun sama sama meraikan malam yang cukup bermakna untuk beliau di Publika malam sabtu lalu. Semoga sokongan semua akan memberi seribu erti untuk hero kita.

So, jom saksikan gambar yang sempat dirakam pada malam tersebut. Gambar credit to Alieya Nab. 





Saksikan juga video rakaman di malam bersejarah itu.








Dazrin-Hairul Azreen Juara Fear Factor Selebriti Malaysia!

 



KUALA LUMPUR, 31 MAC 2013: Setelah 13 episod bersiaran di Astro Ria, akhirnya gelaran juara Fear Factor Selebriti Malaysia telah sah menjadi milik pelakon Dazrin dan Hairul Azreen setelah berjaya menamatkan saingan mereka di depan kumpulan graduan On-Air iaitu Hafizul dan Hefny. Kejayaan mereka ini telah dikongsi dengan peminat serta rakan selebriti dan media di sebuah majlis yang diadakan di The Square, Publika, Solaris Dutamas, semalam.

Bermula jam 9.00 malam, siaran Fear Factor Selebriti Malaysia di siarkan secara langsung di The Square secara terbuka bersama peminat dan orang ramai. Saat yang mendebarkan apabila kedua pasukan akhir iaitu Hafizul dan Hefny serta Hairul Azreeen dan Dazrin yang juga telah menamatkan cabaran menanti saat diumumkan keputusan oleh pengacara Aaron Aziz.

Sebaik sahaja juara Fear Factor Selebriti Malaysia diumumkan, En Mohd Raqim Ahmad, Pengarah Saluran Astro Ria telah menyerahkan cek berjumlah RM200,000 kepada kedua peserta yang merupakan pelakon baru yang kini sedang meningkat naik itu. Siaran langsung Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam tersebut.

Kedua juara ini masing-masing sudah memasang niat dan azam untuk berusaha dan melakukan yang terbaik bagi mencapai dan bergelar gelaran juara Fear Factor Selebriti Malaysia yang pertama.

"Sejak kecil saya menonton racangan Fear Factor ini dan bila saya ditawarkan sendiri pihak Astro ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Kerana itu saya telah memberikan yang terbaik untuk sampai menjadi juara,"ujar Dazrin pada sidang akhbar malam itu.

"Daripada awal lagi niat saya jika saya menang memang nak bawa ibu bapa ke tanah suci Mekah. Walaupun mereka telah pernah kesana tetapi saya belum pernah ke sana bersama mereka. Itulah antara niat dan azam yang telah saya jadikan penguat untuk berjaya menjadi juara,"jawab Hairul apabila ditanya mengenai kejuaraannya itu.

Pertama kali dipersembahkan kepada penonton Malaysia, rancangan yang menguji ketahanan mental dan fizikal ini telah mula disiarkan pada penghujung Disember lalu. Seramai 15 kumpulan terdiri daripada 30 orang selebriti telah menjayakan penggambaran selama hampir sebulan di Cape Town, South Africa. Antara mereka yang telah menjayakan Fear Factor Selebriti Malaysia yang pertama adalah 30 artis tanah air seperti Gambit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja Lee,Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Roslan Shah, Mejar Dr Faiz, Johan As'ari, Didie Alias, Elfira Loy dan Ajak (Shiro).

Note : Article copied from http://www.murai.com.my

Event - Exclusive Hi-Tea with Dazrin

Salam #FlyingDs

Agak lama juga rasanya #FlyingDs tidak mengadakan event khas bersama Dazrin Kamarudin. Good news untuk semua, nampaknya bulan May akan membuatkan semua #FlyingDs tersenyum di mana pada bulan May akan berlangsungnya majlis istimewa sempena bulan kelahiran hero kesayangan kita. alhamdulillah kita akan bertemu lagi di majlis istimewa ini.

So, kepada fans yang belum lagi berkesempatan untuk bertemu Dazrin secara live, jangan lepaskan peluang ini. Daftar la diri anda sebagai sebahagian dari #FlyingDs disini >>> Registration dan mari la sama sama memeriahkan majlis exclusive ini.


Detail lengkap Majlis Ulangtahun Kelahiran Dazrin Kamarudin :

Tarikh   : 11hb May 2013
Masa    : 2 petang sehingga 6 petang.
Tempat : sekitar KL (akan diberitahu setelah bayaran dibuat)
Bayaran Dewasa : RM 70 per pax
Bayaran Kanak-kanak : RM35 (5 ke 12tahun)
Tema    : Purple/ White or Red/White or Electric Blue/White

Kepada mereka yang berminat sila emailkan Nama Penuh beserta ID ke flyingdsdazrin@gmail.com. Tarikh akhir bayaran adalah pada 06hb April 2013.

Banyak surprise yang telah dirancang oleh pihak admin dan juga daripada hero kita. Jangan risau, setiap tetamu berpeluang untuk beramah mesra secara personal bersama Dazrin. Daz pasti tidak akan menghampakan mereka yang hadir.

Drama - SYURGA DIWAJAHMU

Salam FlyingDs,

Novel : Syurga DiWajah Mu
Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.
Terkini, novel SYURGA DIWAJAHMU juga akan dijadikan drama bersiri yang akan bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi

Syurga Di Wajah Mu telah memulakan penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan yang menampilkan Dazrin Kamarudin sebagai teraju utama yang memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.

Alhamdulillah, baru saja selesai menjalani penggambaran drama Jodoh, Dazrin sekali lagi sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat dari sebuah novel berjudul Syurga Di Wajahmu memegang watak utama bergandingan dengan Ana Dahlia yang mana penggambaran hampir 99 peratus dilakukan di Kelantan.

Sinopsis SYURGA DI WAJAHMU berdasarkan novel:

Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya