KUALA LUMPUR, 31 MAC 2013: Setelah 13 episod bersiaran
di Astro Ria, akhirnya gelaran juara Fear Factor Selebriti Malaysia
telah sah menjadi milik pelakon Dazrin dan Hairul Azreen setelah berjaya
menamatkan saingan mereka di depan kumpulan graduan On-Air iaitu
Hafizul dan Hefny. Kejayaan mereka ini telah dikongsi dengan peminat
serta rakan selebriti dan media di sebuah majlis yang diadakan di The
Square, Publika, Solaris Dutamas, semalam.
Bermula jam 9.00 malam, siaran Fear Factor Selebriti Malaysia di
siarkan secara langsung di The Square secara terbuka bersama peminat dan
orang ramai. Saat yang mendebarkan apabila kedua pasukan akhir iaitu
Hafizul dan Hefny serta Hairul Azreeen dan Dazrin yang juga telah
menamatkan cabaran menanti saat diumumkan keputusan oleh pengacara Aaron
Aziz.
Sebaik sahaja juara Fear Factor Selebriti Malaysia diumumkan, En Mohd
Raqim Ahmad, Pengarah Saluran Astro Ria telah menyerahkan cek berjumlah
RM200,000 kepada kedua peserta yang merupakan pelakon baru yang kini
sedang meningkat naik itu. Siaran langsung Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam tersebut.
Kedua juara ini masing-masing sudah memasang niat dan azam untuk
berusaha dan melakukan yang terbaik bagi mencapai dan bergelar gelaran
juara Fear Factor Selebriti Malaysia yang pertama.
"Sejak kecil saya menonton racangan Fear Factor ini dan bila saya
ditawarkan sendiri pihak Astro ia merupakan satu peluang yang tidak
boleh dilepaskan. Kerana itu saya telah memberikan yang terbaik untuk
sampai menjadi juara,"ujar Dazrin pada sidang akhbar malam itu.
"Daripada awal lagi niat saya jika saya menang memang nak bawa ibu bapa
ke tanah suci Mekah. Walaupun mereka telah pernah kesana tetapi saya
belum pernah ke sana bersama mereka. Itulah antara niat dan azam yang
telah saya jadikan penguat untuk berjaya menjadi juara,"jawab Hairul
apabila ditanya mengenai kejuaraannya itu.
Pertama kali dipersembahkan kepada penonton Malaysia, rancangan yang
menguji ketahanan mental dan fizikal ini telah mula disiarkan pada
penghujung Disember lalu. Seramai 15 kumpulan terdiri daripada 30 orang
selebriti telah menjayakan penggambaran selama hampir sebulan di Cape
Town, South Africa. Antara mereka yang telah menjayakan Fear Factor
Selebriti Malaysia yang pertama adalah 30 artis tanah air seperti Gambit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja Lee,Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Roslan Shah, Mejar Dr Faiz, Johan As'ari, Didie Alias, Elfira Loy dan Ajak (Shiro).
Note : Article copied from http://www.murai.com.my
No comments:
Post a Comment