Dazrin in Propaganza - 13 Jan 2013




 Dazrin Kamarudin ketika ditemubual oleh wartawan didalam rancangan Propaganza ahad lepas 13/1/2013

Asam garam kehidupan artis, pasti ada yang mengambil kesempatan.

Terbaru, Dazrin Kamarudin menjadi mangsa apabila seorang individu yang tidak dikenali telah membuka satu laman Facebook dan menyamar menjadi dirinya. Laman facebook itu telah dinamakan Dazrin Johan Kamarudin. Apa yang paling mengejutkan, individu tersebut telah menipu para peminat Dazrin apabila dia mengatakan bahawa dia adalah Pelakon Adam & Hawa yang memegang watak Johan iaitu Dazrin Kamarudin yang sebenar.

Menurut Dazrin Kamarudin, individu terbabit telah menipu dengan menjawap setiap komen komen yang bertanya kan kesahihan facabook itu dengan menyatakan beliau adalah Dazrin yang sebenar tanpa segan silu. 

Menurut Dazrin lagi, dia telah lama mengetahui tentang perkara ini daripada peminat peminat beliau tapi tidak pernah terfikir untuk mengambil sebarang tindakan. Beliau cuma memberi kenyataan di laman twitter nya sahaja dengan harapan para peminatnya akan lebih berhati hati. Tapi lama kelamaan beliau merasakan individu terbabit telah melampaui batasan apabila laman Facebook palsu itu berterusan menipu peminat peminat yang mempercayai itu adalah Dazrin yang sebenar melalui komen komen di status beliau. Dazrin mengetahui tentang komen komen itu selepas dimaklumkan oleh peminat setia beliau melalui pantauan yang dibuat.

Dazrin Kamarudin yang agak terkejut dan marah dengan kejadian itu mengambil keputusan menghubungi pihak Rancangan Propaganza bagi memaklumkan tentang perkara ini bagi membersihkan nama beliau dan untuk menjernihkan kekeliruan terhadap peminatnya.

Dazrin Kamarudin sangat berharap tiada lagi peminat yang akan tertipu dan ditipu oleh individu yg tidak bertanggungjawap itu. Semoga kenyataan yang dibuat didalam rancangan Propaganza ahad lepas akan dapat membersihkan semula nama beliau.
 
Dazrin dalam kenyataannya di Propaganza, telah memohon maaf kepada semua peminat yang telah merasakan dirinya ditipu dengan harapan palsu. Semoga tiada lagi harapan harapan palsu daripada individu terbabit. Beliau sempat menasihatkan peminat peminat supaya lebih berhati hati dimasa hadapan. Dazrin juga memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai facebook kecuali fanpage yang dinamakan Dazrin88, dan laman twitter beliau dazrin88.  

Saksikan video yang telah dikongsikan oleh rakan FD's kita ahad lepas.

Salam dari FlyingD's "WeFlyWithDazrin"

No comments:

Post a Comment